Monday, 8 February 2010

oh tidak!

assalamualaykum...

tajuk entry macam tajuk blog yang satu lagi tu...
TOLONG AQ!!!!


pak cik botak ini memberitahu aq bahawa aq...



bila aq ... maka



habislah!!!
artis-artis ini orang kaya.Tak apalah.Boleh beli baju baru banyak-banyak.

Lainlah aq ni!!!
Macam mana ni???
Adakah sebab aq terlalu rajin duduk di meja stu
dy (hehe...perasan) ,


(ni lah kerja aq sebenarnya...)

atau terlalu banyak makan (tak adalah sangat)


atau sebab tak joging pusing-pusing UNPAD???


stylo!!!




hurm....aduyai!!!!

tapi bila aq dah ... ada satu kesan baik yang aq dapat.
Cuba tengok bawah ni...betul tak aq cakap???

-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-








ok.aq dapat COMEL!!! yang ni aq terima seadanya.Tak boleh nak tolak...hurm...nasib nasib...hihi...

p/s ; sambung baca iron...

Saturday, 6 February 2010

AVATAR...

assalamualaykum...

last night...aq dan zuba dan pejal dan fido dan mila ong dan aimi dan nani dan lai katong dan amal k pergi menonton cerita avatar ni.
Balik dari menonton terus gooogle...hehe...
dan inilah hasilnya

1)About avatar...

~click avatar at wiki...hehe
~how about this?

2)Who is Pandora?

3)Navi language...mixture of malay language?

4)What is Polyphemus?

jalan cerita yang sangat baik, grafik yang sangat unik,kesan teknologi yang bagus...
cuma tersulit pelbagai makna yang kita sendiri tak sedar...

teeettttt....read more...ok???

Thursday, 4 February 2010

pokok kelapa...





assalamualaykum...

Kalau dahulu kala masa muda-mudi comot momot,masa baju sekolah masa di iron oleh ibu,pergi sekolah cikgu suruh buat karangan. Karangan bertajuk...

KEGUNAAN SEBATANG POKOK KELAPA PADA MANUSIA

Pendahuluan
1)Apakah pokok kelapa?

2)Di mana banyak terdapat pokok kelapa?
3)Macam mana rupa dan bentuk pokok kelapa itu?

Isi karangan

1)Batang pokok kelapa - kegunaan sebagai titi atau jambatan kecil , tiang rumah

2)Daun pokok kelapa - membuat ketupat di hari raya , anyaman
3)Lidi poko kelapa - penyapu lidi
4)Buah kelapa - masakan ( santan , miyak masak ), minuman

Penutup
1)Pokok kelapa sangat banyak manfaat dan kebaikan pada manusia.

ok murid-murid hari ini cikgu nak kamu buat karangan bertajuk


KEGUNAAN DIRI SENDIRI PADA MANUSIA

Pendahuluan
1)Nama , biodata diri , cita-cita

Isi karangan
1)Kegunaan 1 -................................................................................

2)Kegunaan 2 -................................................................................
3)Kegunaan 3 -................................................................................
4)Kegunaan 4- ................................................................................

Penutup
1)Adakah saya begitu berguna pada manusia lain dulu , sekarang dan masa depan???


hehe...
renung-renungkan...

salam....

p/s ; perkongsian bersama Ustaz Hasrizal yang diolah lagi....

Wednesday, 3 February 2010

hei kamu...




assalamualaykum...

Alhamdulillah...baru dapat result sem 3 isnin lepas dan rakan-rakan ada yang dapat hari ni.Keputusan yang belum boleh dibanggakan tapi keputusan kali ni membuatkan aq percaya pada diri untuk lebih berusaha dan dapat yang terbaik dan lebih lagi!!! Insya Allah.
Sangat bersyukur dengan apa yang ada...
Alhamdulillah...
berkat doa Ibu,Ayah,Alongmak,Nenek,Angah,Kakak,family,kawan-kawan...

Bagi kawan-kawan yang dapat keputusan cemerlang..TAHNIAH...diucapkan!!!
Aq bangga jadi kawan korang...hihi...bagi tips sikit...

Bagi kawan-kawan yang lain.Jangan kecewa.Jangan putus harap.Peluang masih ada.Jangan putus doa.Kita ada Allah...tahu!!!jangan -ve be +ve...ok!!!
Sayang kamu semua!!!

KITA BATCH YANG KUAT!!!
KITA BATCH YANG HEBAT!!!

Sunday, 31 January 2010

oh tidak...saya merok...ok...

assalamualaykum...

"sebagai manusia,saya sayang kepadamu"...CINTA SANG RATU...sungguh ku sayang padamu...

saya tak pernah benci perokok kerana mereka juga insan seperti kita...tapi saya benci asap rokok.Ia buat saya sesak dan busuklah kawan!!!


i want to have child with u...but...



when we have a boy or a girl will he or she suffer like this???



i wish to kiss you every single day...but how can I???


i wish to have 1...do i look sexy or...???


tak ada satu pun dapat memisahkan kita...tapi kehadiran si batang itu menyebabkan...


sayang...sungguh saya sayang pada awak,tapi semua di tangan awak.Saya di sini sentiasa menanti awak melakukan apa yang terbaik.Ingat saya tak pernah benci perokok saya benci asap rokok.



Sayang awak sampai bila-bila...


Thursday, 28 January 2010

cerita dari PERMAI

assalamualaykum...

Alhamdulillah.Exam dah berlari pergi.(hehe...best...best...).Hari Jumaat,Sabtu dan Ahad kelmarin sempat mengikuti PERMAI perhimpunan mahasiswa Islam Malaysia se-Indonesia).So nak kongsi apa yang dapat masa 3 hari tu.
Ustaz Hasrizal telah berkongsi macam-macam dengan kitorang.Antaranya...

1)Pernah tanya apa tujuan hidup kita?
Dan jawapan dia adalah macam-macam
"nak jadi spesialis mata"
"nak jadi kaya raya"
"nak jadi orang ternama"
tapi kita sebenarnya adalah makhluk ciptaan Tuhan jadi yang berhak menentukan tujuan hidup kita adalah penciptanya.Sama seperti jika kita reka laptop yang ada kaki.Apa tujuan dia?Mestilah kita yang tentukan apa tujuan laptop berkaki ni kan?Takkan nak tanya laptop tu pula?
Maka untuk menjawab pertanyaan 'SIMPLE' ni,rujuklah Al-Quran surah Az-zariyat ayat ke 56.
(....nota kaki ; tolonglah pergi buka AL-Quran sekarang jangan malas-malas.Ok? ;D )

2)Pernah tengok cerita 'Laskar Pelangi'?
Dia kata kita harus berani bermimpi.Bukan maksud dia berani untuk tidur dan mimpi.Tapi maksudnya kita harus berani bermimpi untuk sesuatu,percaya akan mimpi tu dan berusaha kearahnya.
Bagaimana agaknya Kota Constantinople ditawan oleh umat Islam?
Ini berlaku dari mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. yang diperlihatkan masa hadapan bahawa kota megah itu akan ditawan.
Para sahabat sangat mempercayai kata-kata baginda.
Maka selepas itu ramailah para pahlawan Islam berusaha gigih ke arah itu.
Kejayaan hanya dicapai setelah 800 kemudian.Tapi itu masih membuktikan bahawa tidak salah bermimpi asal kita percaya dan selalu berusaha kearahnya.

3)Syurga menempatkan orang-orang yang hebat.
Para anbiya' , para sahabat dan ramai lagi.
Jadi kesimpulannya syurga hanya untuk orang-orang hebat bukan?
Jadi nak masuk syurga kita ada pilihan lain ke?
Kalau tak mahu jadi orang hebat rasa-rasanya mana tempat kita di sana ea?

4)Ada satu kisah ni yang sangat menyentuh hati aq.
Ustaz telah mengendalikan satu program pada orang lain.
Beliau membawa para peserta ke hutan,ke sebatang sungai.
Semua peserta di kehendaki duduk di atas batu sungai.
Disuruh senyap dan dengarkan bunyi-bunyi alam.
Bunyi air mengalir, kicauan burung, siulan cik unggas, deruan angin.
Setelah beberapa ketika ustaza berkata...sebenarnya semua tadi itu adalah makhluk Allah yang berzikir padaNya dengan cara mereka, tapi apa yang telah kita lakukan pula di kalangan mereka-mereka yang berzikir? adakah kita turut berzikir?
Perbuatan ni sama seperti kita pergi masjid di penuhi oleh orang-orang yang berzikir,solat,membaca Al-Quran dan kita pun datang.
Tapi tak beribadah.Pergi tengah-tengah masjid berzina!
Adakah ini satu perbuatan khalifah?

5)Rukun istiqamah.Apa dia?
~Jangan OVER!
~Jangan hati cenderung kepada hati yang zalim!
~Jaga solat (perhubungan kita dengan Allah)
~Sabar

wallahu'alam...tak dapat ulas panjang.tak reti nak elaborate dalam tulisan.hehe...maaf...

Wednesday, 27 January 2010

aq bukan manusia agung...

assalamualaykum...

Dari dulu aq selalu menganggap aq manusia hebat.Memandang rendah pada orang lain.Sehingga aq merasakan aq lagi 'POWER'lah.

Tapi setelah kehadiran dia,aq mula melihat sebaliknya.Betapa banyak keburukan aq sebenarnya.Aq sedar aq bukan sempurna.Aq suka dipuja dipuji.Sangat-sangat menyukainya.Tapi aq tiada hak keatas itu.

Tak semua dihajati hati tu milik kita.Tak semua yang kita miliki membuat kita hebat.Hakikatnya Si Pemberi itulah yang paling hebat,sangat hebat,MAHA HEBAT tiada apa yang dapat menandingiNya.

Aq juga manusia.Wanita pula.Aq terlalu memandang hebat apa yang diberikan tanpa rasa terima kasih padaNya, syukur maksudku.

Segalanya aq banggakan kerana aq merasa itu semua milikku dan atas usahaku sendiri.Aq tidak memandang kepada sepatutnya.

Ketahuilah aq manusia biasa.Jangan agungkan aq.Janganlah malu padaku kerana kita semua sama.

Yang mungkin membezakan kita adalah di mana kita letakkan kasih dan cinta Illahi dalam hati.


Malulah padaNya.Ciptaan Allah dari keturunan Adam dan Hawa.Aq juga dilahirkan dari setitis air mani sama seperti kamu.

Jangan pandang tinggi pada aq kerana itu menghancurkan aq.Bimbinglah aq.Tunjukkanlah aq jalan kebenaran.Didiklah aq menjadi insan bersyukur.

Ya Allah berikanlah aq,kami kekuatan untuk mencari sinar bahagia di sisiMu.
Ya Allah aq memang manusia alpa tapi jangan biarkan aq hanyut dan menjadi seperti mereka yang mengakui mereka Tuhan.
Ya Allah jauhkanlah ria',ujub dan takkabbur dari hatiku ini.

ASTAGHFIRULLAH...
ASTAGHFIRULLAH...
ASTAGHFIRULLAH...



p/s ;dia...don't ask...aq sekeh karang...
p/s ; 4 the rest of my life...